Penawar Hati

Hadis 1:
Dari Ibn Mas'ud Rasulullah saw bersabda: Malaikat Jibril.as sentiasa mengharap ingin menjadi manusia kerana 7 perkara:

1.Solat 5 waktu secara berjemaah
2. Duduk bersama para ulama
3. Menziariahi orang sakit
4. Menghantar jenazah
5. Memberi air minum
6. Mendamaikan 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. Memuliakan org fakir dan anak-anak yatim
Maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut.
(Imam Ahmad)


Hadis 2:

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi
2-Para Ahli Jihad Fisabilillah
3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia


Hadis 3:

Ibnu Abbas telah menyenaraikan 7 petanda,jika seseorang itu mendapatinya di Dunia, maka dia akan bahagia di akhirat.

Apakah 7 petanda itu?

1- (Qalbun syakirun) apabila seseorang itu punya HATI yang sentiasa bersyukur.
2- (Al azwaju shalihah) Apabila diberikan Pasangan Hidup yang Baik(soleh/Solehah)
3- (Al auladun abrar) Apabila memiliki anak yang SOLEH.
4- (Albiatu sholihah) Apabila hidup dgn Bi'ah yang Solehah.(persikataran yang membina kearah kebaikan)
5 (Al malul halal )-Apabila memiliki harta yang HALAL.
6- (Tafakur fi dien) Apabila dia Bersemangat untuk Menuntut ILMU.
7-Apabila dia dianugerahi UMUR yang di BERKATI.


Hadis 4:

Mulakan pagi anda dengan bacaan ini:

بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim“

Maksudnya: ‘Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’
Bacalah bacaan ini setiap pagi dan petang sebanyak TIGA kali.
Nescaya Nabi menyatakan TIADA sesuatu perkara dapat memudaratkannya. (Dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Hasan Li Ghayrihi


Renungan:





No comments:

Post a Comment