tutorial

















Bincangkan konsep pengurusan bilik darjah dengan suasana bilik darjah sebenar yang diperhatikan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS/ berasaskan pengalaman sendiri.
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah yang diperhatikan semasa PBS yang lalu.
Mengemukakan cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah.
KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH DENGAN SUASANA BILIK DARJAH
Bilik darjah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) serta tempat murid menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Pengurusan pula bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.  Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada bagaimana guru dan murid berkolaboratif mewujudkan satu suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk memenuhi objektif p&p yang dijalankan di dalam bilik darjah.
Menurut Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah(2007) dalam buku yang bertajuk “Guru sebagai Pemimpin”, pengurusan bilik darjah didenifisikan sebagai set teknik dan kemahiran yang membolehkan guru mengawal pelajarnya secara efektif dalam usaha melahirkan suasana pembelajaran yang positif. Tambah mereka lagi, terdapat empat elemen yang perlu dipenuhi dalam penyusunan bilik darjah:
·         Membekalkan ruang aktiviti pembelajaran kepada pelajar di dalam bilik darjah.
·         Penyusunan kedudukan pelajar membolehkan guru mengawasi gerak-geri pelajar secara mudah dan jelas.
·         Alat bantu mengajar(abm), papan kenyataan dan sudut bacaan dapat disediakan dan digunakan secara efektif di dalam bilik darjah.
·         Memastikan pelajar dapat melihat pertunjukan LCD dan mendengar arahan guru di depan kelas dengan jelas.

KEKUATAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
·         Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.  Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.  Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.
·         Persekitan psikososial
Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.  
Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.
·         Peraturan dan rutin bilik darjah
Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Melalui perkara tersebut juga, dapat melicinkan pengurusan bilik darjah dengan lebih baik lagi. Dalam pada itu, melalui peraturan dan rutin bilik darjah juga guru dapat mengawal para pelajar daripada melakukan gangguan ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, dapat mengawal perlakuan yang tidak diibginkan oleh guru dan pelajar yang boleh mencetus kepada hilang kawalan dalam pengurusan bilik darjah.
KELEMAHAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Kualiti pengurusan bilik darjah merupakan kayu pengukur bagi menentukan berkesan atau tidaknya pembelajaran yang berlaku dalam sesebuah bilik darjah. Ini kerana kelemahan yang berlaku dalam bilik darjah itu juga merupakan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan soal kualiti pengurusan. Pengurusan yang lemah dan tidak berkesan dalam organisasi pembelajaran dalam bilik darjah, menyebabkan perkembangan aspek kualiti yang tinggi dan unggul tidak dapat dipertahankan.
Kualiti pengurusan yang lemah menyebabkan simpton sosial dan moral dalam bilik darjah terus meningkat. Kelemahan ini meliputi beberapa keadaan seperti berikut:

• Keadaan Tidak Terkawal
Pengurusan bilik darjah yang lemah ialah punca timbulnya keadaan yang tidak terkawal. Keadaan ini diburukkan lagi dengan mekanisme pengurusan yang tidak berkesan. Disiplin pelajar pada keseluruhannya amat lemah. Perkara ini berpunca daripada kegagalan kegagalan guru mendisiplinkan mereka.
• Bising Dan Mengganggu
Suasana bising dan mengganggu berlaku disebabkan kelemahan kualiti pengurusan bilik darjah. Ketidakcekapan guru mencorakkan tingkahlaku pelajar (yang terkawal dan berdisiplin) menyebabkan suasana di dalam bilik darjah menjadi bising dan mengganggu. Perlakuan destruktif yang pelbagai boleh berlaku jika suasana bising dan mengganggu tidak dapat ditangani oleh guru secara berkesan.
• Kotor Dan Tidak Kemas
Kotor dan tidak kemas mencerminkan kelemahan kualiti pengurusan di dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya sikap tanggungjawab dan kelemahan amalan nilai-nilai murni yang sepatutnya disemai kepada murid.
Faktor ini turut menimbulkan ketidakselesaan, kejahilan dan ketidakpekaan terhadap nilai kebersihan.
• Tekanan Emosi Bilik Darjah
Kualiti bilik darjah yang tertekan boleh memberi kesan yang negatif ke atas perkembangan emosi seperti masalah rasa takut, bimbang , tiada keyakinan, dan keinginan untuk ponteng kelas yang tinggi di kalangan murid.
Tekanan emosi juga boleh berlaku disebabkan perasaan dan rasa kurang selamat, aspek moral yang rendah, hubungan antara guru dan murid yang tidak baik, beban kerja yang berlebihan, jangkaan yang melampau terhadap murid serta kurangnya sokongan di dalam bilik darjah.
• Pembelajaran Tidak Terarah
Kualiti pengurusan bilik darjah yang baik dipandu oleh corak pembelajaran yang terarah. Bilik darjah sebagai ‘learning organization’, perlu menghalakan aktiviti, minat, sikap dan komitmen yang tinggi di kalangan guru dan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran yang terarah dapat menentukan objektif yang jelas, pengurusan masa, bimbingan dan penyeliaan yang baik oleh guru, disamping rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan murid dalam melaksanakan tugas mereka.
• Ketandusan Wawasan Dan Misi Organisasi Bilik Darjah
Budaya belajar di dalam bilik darjah yang berkesan dapat dibina oleh wawasan dan misi organisasi pembelajarannya. Ini akan dapat meningkatkan kesedaran, rasa tanggungjawab, komitmen dan keinginan untuk mencapai kejayaan melalui pembentukan sikap yang mementingkan pelajaran – seterusnya mendorong murid untuk merealisasikan matlamat, cita-cita, hasrat dan impian murni.

• Moral Yang Rendah
Moral yang rendah terjadi akibat pengurusan yang tidak cekap dalam menangani pelbagai masalah yang berlaku di dalam bilik darjah. Ini disebabkan oleh kurangnya inisiatif murid untuk memajukan diri mereka, disamping kurangnya daya usaha untuk maju dalam pelajaran. Kurang minat terhadap pelajaran juga berlaku di dalam bilik darjah yang kurang rangsangan dan ketandusan semangat untuk berubah.

• Kepimpinan Yang Lemah
Kepimpinan guru yang lemah merupakan antara faktor penting merosotnya kualiti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kepimpinan yang lemah berlaku kerana kurangnya komitmen dan inisiatif yang dilakukan oleh guru untuk membaiki segala kelemahan yang berlaku di dalam bilik darjah.

• Kelemahan Kualiti Penyeliaan Dan Pengawalan
Mutu bilik darjah dapat ditentukan jila mekanisme dalam penyeliaan dan pengawalan bilik darjah dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh guru. Ini membolehkan segala kelemahan yang berlaku dapat dikesan dan diatasi.


CADANGAN-CADANGAN DALAM PENAMBAHBAIKKAN BILIK DARJAH SUPAYA BOLEH DIURUS DENGAN EFISYEN
Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesanakan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan pengelibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru, iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :
1)Hubungan baik antara guru dan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka,kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antaraguru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru sebagai orang yang akan membantunya.
2)Sikap guru yang optimis.
Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
3)Bersikap positif kepada semua pelajar.
Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan dan efisyen, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah, guru mestilah bersikap positif terhadap semua pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka, mereka akan lebih bersifat terbuka, berkongsidan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
4)Mencegah lebih baik dari merawat.
Pepatah inggeris ada menyebut “prevention is better than cure”. Pepatah ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru, mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah,menghalang pelakuan negatif pelajarnya.
5)Prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan.Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru.
6)Memberi dorongan yang positif.
Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya. Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang efisyen.

TUTORIAL 3


























































TUTORIAL 4 

SKINNER (Peneguhan & Pembentukan)
ASERTIF CANTERS (Sikap guru)
DREIKURS (Golongan bermasalah)
KOUNIN (Pengurusan Kelompok)
WILLIAM GLASSER (Terapi Realiti)
1) Peneguhan - Gerak balas yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya tindakan yang dikehendaki.
2) +ve: ganjaran laksana tindakan.
Cth: hadiah/senyuman/pujian.
3) -ve: tindakan elak perkara tak diingini. Cth: cubit jika tak siap kerja.
1) Diasaskan oleh Lee Canters & Marlene.
2) Menyatakan bahawa guru berlu bersikap positif
(berterus terang).
3) Guru tegas mengawal kelas/ tidak menunjukkan
kelemahan. (tak berperikemanusiaan)
1) Diasaskan oleh Rudolph Dreikurs.
2) Menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri.
3) Guru membimbing dengan set yang diingini.
4) Dreikurs tidak percaya hukuman, paksaan, dendaan dalam tangani masalah tingkah laku. 
5) Percaya kepada kesan natural/ akibat/ galakan/ pertimbangan logikal dapat mendidik pelajar.
1) Diasaskan oleh Jacob Kounin
2) Model ini hubung kait dengan pengurusan efektif dan pengajaran efektif.
1) Diasaskan oleh William Glasser.
2) Konsepnya : individu tingkah laku tidak diingini tidak perlu pembelaan, tetapi harus belajar untuk berkelakuan yang boleh diterima dan produktif.
1) Aplikasi Peneguhan +ve:
*(Token Ekonomi)
Pelekat ganjaran/ diletak di tempat yang jelas dilihat.
*(Reverse psikologi)
Guru minta lakukan sesuatu yang tak diingini.
Cth: Saya tak sangka kamu dapat siapkan kerja ini
dalam tempoh 5 minit.
1) Disiplin asertif?
*Guru menggunakan bahasa yang tegas/ verbal
*Teknik ‘broken record’/ tidak menjerit/ tak marah/ mengulang mesej dengan tenang bila berlaku pertikaian.
*Menggunakan bahasa tubuh/ memek muka/ membesarkan mata/ unverbal.
1) Mengapa?
Individu melanggar disiplin/ salah laku sbb merasakan peraturan berat sebelah/ mengehendaki sesuatu.
2) 4 punca salah laku:
(i)Dapat perhatian
(ii)Kuasa kawal
(iii)Ketidakupayaan
(iv)Membalas dendam.
1) Menekan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
2) Haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid.
1) Menekan setiap individu perlu memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa ganggu atau menjangkaui keperluan dan kehendak individu lain.
1) Pembentukan/ shaping:
*Kukuhkan perbuatan dengan pengulangan/ latih tubi/ penjadualan.
1) Langkah laksana disiplin asertif?
      i. Kenal murid yang menjadi halangan pelaksanaan disiplin assertif/ latar belakang.
     ii. Amalkan respon assertif.
-bukan asertif- pendidik yg pasif/ tak pertahan hak.
-pendidik bermusuh-jerit/ ugut/ sindir.
-asertif- Desak dengan tenang/ didikan terkawal.
    iii. Letakkan had/ apa yang dikehendaki.
    iv. Laksanakan dengan tegas/ cara +ve.
1) Cara menangani?
•  (Guru) marah/ gusar = (Murid)
perhatian.
•  Ancam/ diugut = tunjuk kuasa.
•  Disakiti = balas dendam.
• Tak terdaya = Ketidakupayaan guru.
1) Ada 5 faktor 
  i. Dalam jangkauan (withitness) 
 ii. Serentak (overlapping)
iii. Pergerakan (momentum)
iv. Kelancaran (smoothness) 
 v. Kepekaan kumpulan (group alerting)
1) Faktor yang menjadi asas dalam teori Glasser:
 i.Berfokus kepada semasa bagi elakkan bincang    perkara lalu. 
ii.Galakkan individu untuk hakimi diri mereka sendiri dengan pertanyaan. 
iii.Perancangan spesifik bagi bantu melaksanakan dan menilai kemajuan diri.
Contoh tindakan:
•  Murid datang lewat ke kelas
•  Hukuman: Mencuci tandas
• Akibat logikal: Tidak dapat masuk ke kelas.
•  Murid menconteng dinding
•  Hukuman: Denda balik lambat
•  Akibat logikal: Murid perlu membersihkan dinding yang diconteng.
Aplikasinya :
1. Guru peka dengan keadaan dalam bilik
darjah dan memerhati masalah yang berlaku di kalangan murid. 
2. Keupayaan guru tangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi PnP semasa.
3. Guru mesti buat persediaan supaya proses PnP lancar
4. Guru tidak ganggu murid semasa laku aktiviti tetapi bantu secara individu yang bermasalah. 
5. Terangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat.
6. Meninjau hasil kerja murid.
7. Minta murid bagi respons terhadap sesuatu perkara.
Aplikasinya : 
1. Pelajar dilihat sebagai berpotensi bknnya perosak.
2. Guru yakinkan pelajar bagi tambah kualiti hidup.
3. Guru sediakan suasana belajar yang menyeronokkan.
4. Guru wujudkan hubungan baik dengan pelajar bantu mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.


Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan’ atau  ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak’.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan  menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini  dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan  kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.










No comments:

Post a Comment